Wednesday, April 28, 2010

Who will be the future Miss Universe Malaysia 2010? (Photos of the 18 contestants) - Siapa Bakal Miss Universe Malaysia 2010?



















Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2010: Selepas hampir 3 bulan pencarian, Miss Universe Malaysia kini sampai ke kemuncaknya dengan pengumuman 18 peserta akhir yang akan berentap bagi merebut mahkota kejuaraan tahun ini.

Mereka bukan saja jelita serta pintar berbicara, malah inilah finalis yang telah melengkapi kriteria Hip, Urban, Real and Relevant sesuai dengan tema penganjuran Miss Universe Malaysia 2010, yang berteraskan idealisme pengarah pertandingan berkenaan, Andrea Fonseka.

Bukan sekadar pengetahuan serta pengalaman Andrea yang juga pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2004 telah diaplikasi dalam menentukan pemilihan, malah 18 finalis ini telah dipilih oleh barisan juri profesional termasuk pelakon dan direktor popular Hans Isaac.

Tiga bandar utama telah mereka jelajahi iaitu Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi mencari wajah-wajah jelita Malaysia, sejak pencarian mula dibuka secara online menerusi laman web www.missuniversemalaysia.com.my awal tahun lalu.

Kini, hanya tinggal masa dan ketika, kejelitaan mereka akan diadili dan ditentukan pada acara akhir Miss Universe Malaysia 2010 yang akan diadakan di Hotel Royale Chulan, pada 15 May ini.

Temui peserta paling muda Zoe Lee, 18, yang akan berentap dengan beberapa peserta senior seperti Vera Hui, 25, Chow Xiang Yee,26 dan Mourhrna Aneetha Reddy, 25 atau berhadapan dengan model berpengalaman Gail Marianne James,22.

Peringkat akhir pertandingan akan diadalili bekas Ratu Cantik Malaysia/Universe, Datin Josephine Fonseka, Maggie Loo, Dato' Yasmin Yusuff, Dato' Anna Lin, Nancie Foo, Elaine Daly, Hans Isaac dan juga Andrew Tan.

Gelaran Miss Universe Malaysia 2010 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000, tajaan selama setahun bersama Parkson selain berpeluang menjayakan kempen bersama pusat beli-belah berkenaan dan juga set hiasan bernilai RM30,000 daripada Elegance Club.

Juara juga akan menerima produk penjagaan rambut selama setahun dari L'Oreal Paris, perkhidmatan penggayaan rambut dari A Cut Above selama setahun, 5 tahun keahlian bersama True Fitness dan True Yoga serta tidak ketinggalan kontrak selama setahun bersama AndrewsModels.

Bagaimanapun pengiktirafan paling utama ialah mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2010, di mana segala perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya. Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan pertandingan akhir Miss Universe Malaysia 2010 boleh mendapatkan tiket di laman web www.missuniversemalaysia.com.my dan juga boleh menyaksikannya di saluran ntv7 untuk siaran pada Jun nanti.

Senarai 18 Peserta Akhir Miss Universe Malaysia 2010/ List of 18 Miss Universe Malaysia 2010 finalists

1. Cassandra Santharaj, 23 (Perpustakawan)
2. Charlene Wong, 25 (Pelajar)
3. Chow Xiang Yee,26 (Juruaudit)
4. Dalvin Parsh, 23 (Pelajar)
5. Dhasha Subramaniam,23 (Graduan)
6. Felixia Yeap, 23 (Model)
7. Gail Marianne James,22 (Model)
8. Jasmine Olikh,25 (Graduan)
9. Joanne Choong,23 (Perancang kewangan)
10. Joey Hui,20 (Model & Pelajar)
11. Katherine Ng,25 (Penganalisis kewangan)
12. Mourhrna Anetha Reddy,25 (Model & Pelajar)
13. Nadine Ann Thomas, 23 (Penyelaras acara & bakat)
14. Sarah Yap,24 ( Pelajar)
15. Tiong Sue Lynn,24 (Penulis)
16. Tracy Tan,21 (Pelajar)
17. Vera Hui, 25 (Pramugari)
18. Zoe Lee, 18 (Pelajar)

source: (Thank you and credits to
http://www.murai.com.my
and all sources for the information and pictures)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...