Friday, May 7, 2010

Sinopsis Episode 9 pada 26 Januari 2010 - Drama Lagenda Mayang Mengurai disiarkan setiap hari Isnin - Khamis dalam slot Lagenda di TV3 & TV9



Drama Lagenda Mayang Mengurai mula bersiaran di TV3 dan TV9 pada 12 Januari 2010 dalam slot Lagenda menggantikan Drama Cucu Betong yang tiba penghujung episod pada 11 Januari 2009 - (Mayang Mengurai adalah sebuah cerita yang diadaptasi daripada cerita dongeng Rapunzel) - EPISODE 9
VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 7

VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 8

VIDEO KLIP MAYANG MENGURAI : Episode 9
Sinopsis:

Kisahnya bermula dengan seorang pengamal ilmu hitam, Kornilam yang dahagakan kuasa dan ilmu sakti. Kornilam terlalu taksub dengan keabadian hidup dan awet muda, maka dia perlu mendapatkan tiga bayi perempuan sebagai penyambung kuasa saktinya. Kornilam menyasarkan tiga pasangan suami isteri dan dengan tipu muslihatnya, mereka terpaksa mengalah dan menyerahkan bayi kepadanya.

Ketiga-tiga bayi itu membesar menjadi gadis yang jelita dan diturunkan kuasa masing-masing. Mayang Indera mempunyai sepasang mata yang cantik dan mampu memukau sesiapa yang memandangnya. Mayang Merdu pula mempunyai suara yang merdu dan boleh memukau sesiapa yang mendengar nyanyiannya. Yang paling bongsu dan istimewa adalah Mayang Mengurai yang mana keistimewaannya adalah pada rambutnya yang panjang mengurai dan menjadi nadi nyawa Kornilam.

Disebabkan keistimewaan Mayang Mengurai ini, Kornilam mengurung Mayang Mengurai di atas menara tinggi dan tidak membenarkannya keluar. Kornilam akan menyuruh Mayang Mengurai menghulurkan rambutnya turun dari menara sebagai jalan dia memanjat menara itu. Mayang Indera dan Mayang Merdu pula dipergunakan oleh Kornilam untuk mencari punca kewangan.

Dibintangi oleh:

Tania Hudson (Mayang Mengurai)
Anne Ngasri (Mayang Indera)
Zarina AF (Mayang Merdu)
Amar Bahari (Khalif)
Kamal Adli (Shahrul)
Sabrina Ali (Kornilam)
Sasha
Ako Mustapha
Latif Borghiba
Lana Nordin
Badrul Muhayat

Sinopsis ringkas sambungan Drama Lagenda Mayang Mengurai Episode 9 pada 26 Januari 2010



Kornilam: Semasa ibu tiada ada sesiapa datang sini?
Mayang Indera: Tak ada.
Kornilam: Jangan sorok apa-apa dari ibu.
Mayang Mengurai: Ada ibu.
Kornilam: Siapa?
Mayang Merdu: Shahrul dengan Khalif, ibu.


Kornilam: Shahrul ibu kenal. Tapi siapa Khalif?
Mayang Indera: Kawan... kawan Mengurai.
Kornilam: APA!!!!!
Kornilam: Kamu bertiga dengar sini. Ibu akah mengahwinkan Mayang Indera dengan Shahrul kerana lelaki itu yang paling sesuai dengan kau. Mayang Merdu dengan lelaki yang betul-betul mencintainya. Tapi Mayang Mengurai tak kan boleh berkahwin sampai bila-bila.


Mayang Mengurai: Kenapa ibu?
Kornilam: Jangan banyak tanya.

Babak yang lain:





Babak yang lain:


Mariani: Tolong apa?
Rosli : Kalau boleh saya nak pinjam duit sikit sebab klinik saya orang makin kurang.
Mariani: Saya rasa awak ni tak fokus pada kerja awak.
Rosli: Sekarang ni orang makin ramai, saingan pun makin banyak.
Mariani: Ya ke. Saya tak fikir macam tu sebab saya nampak klinik awak pun ramai juga orang. Memang awak tak tumpu pada kerja awak sebab sekarang ni awak tengah bercinta kan?
Rosli: Tak de lah sampai begitu sekali.
Mariani: Saya tak cakap apa-apa pun. Saya tak kata yang saya tak boleh tolong.


Khalif: Mama dari mana?
Mariani - Tak de mana. Mama dari bank aje. Kenapa Khalif?
Khalif: Mama nak ke mana?
Mariani: Arr.. mama ingat mama nak pergi jumpa kawan mama.
Khalif: Boleh Khalif tumpang?
Mariani: Naiklah nak...


Khalif: Khalif tak sakitlah ma..
Mariani: Siapa pula yang cakap Alif sakit?
Khalif: Habis tu kenapa mama datang tempat ini?
Mariani: Mama nak jumpa Doktor Rosli ada hal sikit. Tapi mama janji lepas mama jumpa dia nanti mama bawa Alif mana saja Alif nak pergi.
Khalif: Betul ma? Janji ya...
Mariani: Janji.
Khalif: Okey.
Mariani: Alif, Alif tunggu mama tau!
Khalif: Okey.
Mariani: Jangan pergi mana-mana pula.



Rosli: Awak kena tunggu saya tau?
- Boleh bila Doktor nak meminang dia?
Rosli: Saya tunggu duit dari Puan Mariani.
- Puan Mariani tahu duit yang Doktor pinjam tu untuk perkahwinan Doktor?
Rosli: Tak tahu. Tapi awak jangan bagi tahu dia pulak.
- Baiklah.




Mariani: Baguslah awak ada kat luar ni. Alif sajalah bawa kereta ni.
Khalif: Kita nak ke mana?
Mariani: Pergi je lah mana-mana Alif nak pergi.
Khalif: Okey...




Mariani beritahu Khalif kenapa dia pergi ke situ lagi. Mariani bosan kerana Khalif selalu ke situ. Dia tanya mana Mayang Mengurai yang dimaksudkan Khalif. Mariani tidak sabar lagi hendak menemui Mayang Mengurai.


Mariani: Perempuan ini lagi.
Khalif: Ma... kenalkan ini Mayang Merdu. Dia bersaudara dengan Mayang Mengurai.
Mariani: Mama rasa Alif dah tersalah oranglah Lif...
Khalif: Kenapa mama cakap macam tu.
Mariani: Mama nak balik.
Khalif: Tapi kita kan nak...
Mariani: Kita bincang kat rumah saja.
Khalif: Ma.... ma...
Mayang Merdu: Kenapa dengan mama awak?
Khalif: Tak tahulah saya pun tak tahulah. Kita bincang lain kali sajalah. Ma.... Mama...



Lagenda Mayang Mengurai akan bersambung dalam Episode 10 pada keesokan hari, 27 Januari 2010




Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9, http://www.tv9.com.my/, http://www.bharian.com.my/ dan semua pihak atas sumber maklumat, video dan gambar)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...